Watak Senarai watak dalam Kelainan di Sekolah Tinggi Magik

Watak Utama

Shiba Tatsuya (司波 達也)Pengisi Suara : Yuichi NakamuraFail:Shiba Tatsuya.pngShiba Tatsuya

Watak protagonis utama. Dia masuk di Sekolah Tinggi Magik pada April 2095 dan diletakkan dalam kurikulum Kursus 2. Walaupun mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan praktikal, dia mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang berjaya menarik perhatian Majlis Pelajar, khususnya keupayaan yang tiada tandingan untuk membaca urutan pengaktifan. Dia diambil bekerja oleh Majlis Pelajar dan menyertai Jawatankuasa Displin, menjadi pelajar Kursus 2 yang pertama yang mendapat jawatan dalam Majlis Pelajar.

Miyuki Shiba (司波 深雪)Pengisi Suara : Saori Hayami

Heroin utama dan adik kepada Tatsuya. Dia masuk di Sekolah Tinggi Pertama pada April 2095 dan diletakkan dalam kurikulum Kursus 1. Dia dipilih sebagai wakil tahun pertama selepas mendapat keputusan tertinggi dalam peperiksaan kemasukan. Miyuki adalah protagonis utama siri manga spin-off Mahōka Kōkō no Yūtōsei